Foto efek kesan cat air Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara untuk menghasilkan gambar foto yang mempunyai kesan cat air. Sekeping foto beresolusi tinggi diperlukan untuk kerja-kerja ini. Untuk tutorial ini saya akan menggunakan foto yang semasa search picture ternampak pula gamba kumpulan ratu ni ......:D
Imej di atas dipilih kerana ia fokus dan jelas memudahkan saya untuk menghasilkan apa sahaja efek yang difikirkan. Jadi saya tidak perlu lagi untuk zoom dan memotong bahagian tertentu.
Mula-mula sekali buat pendua layer (duplicate layer) terhadap imej seperti dibawah ini
Pada layer baru, pilih menu Filter -> Artistic -> Cutout dan pilih level seperti yang tertera pada Rajah di bawah ini dan klik OK
Pada Layer yang sama, Create New Fill dan pilih Gradient seprti ditunjukkan dibawah
Satu dialog Gradient Fill akan dipaparkan dan pilih jenis Gradient Transparent Rainbow dan klik OK. Sekarang satu Layer baru akan tercipta. Buat pilihan Overlay pada layer tersebut
Sekarang ciptakan satu Layer baru Create a new layer
Pilih Smudge Tool pada Toolbox dan pilih jenis berus seperti yang tertera dengan saiz 36. Pastikan memilih mode Normal dan tandakan pada Use All Layers
Gunakan Smudge Tool pada layer ini dengan mencomotkan pada bahagian sekeliling. Sekarang gunakanBrightness / Contrast dan selaraskan supaya kesan Smudge dapat kelihatan dengan jelas.
So setelah bersusah payah ,mencuba ,inilah hasil yang dpat dilihat ,mesti anda berasa berpuas hati kan hehehehe selamat mencuba
~by east~
Cara membesarkan mata
|
Tutorial ini akan menunjukkan cara bagaimana untuk membesarkan mata seseorang menggunakan Adobe Photoshop. Saya ambil contoh foto Fazura berikut:
1) Pilih bahagian mata sebelah kanan menggunakan "Rectangular Marquee", klik kanan dan pilih "Layer via Copy". Lihat Rajah 1
2) Satu layer baru akan dihasilkan dalam Layers. Lihat rajah 2
4) Pilih layer "mata kanan" dan tekan kekunci CTRL + T
5) Dalam "Options", tekan butang "Maintain Aspect Ratio", kemudian naikkan saiz kelebaran (width) kepada 120%. Lihat Rajah 3
* Ulang langkah 1 hingga 5 untuk mata sebelah kiri.
Membersihkan Bahagian Mata
Selepas selesai membesarkan saiz kedua-dua bahagian mata, sekarang anda perlu membersihkan sudut-sudut di bahagian matanya pula.
Untuk membersihkan sudut-sudut di bahagian mata, gunakan "Eraser Tool". Caranya ialah dengan memilih layer "mata kanan" dan padamkan sudut-sudut lebihan di sekitarnya menggunakan "Eraser Tool". Ulang cara yang sama untuk layer "mata kiri".
Lihat Hasilnya:
*selamat mencuba :D* by:east
Tutorial memanipulasi foto epal & harimau
Pernahkah anda melihat gambar sebegini dilaman-laman web ?mestilah pernah melihat ,so sekarang saya akan menunjukkan tutorial memanipulasi gamba epal & harimau sehingga jadi seperti diatas
Langkah 1:Cuba anda carikan objek sebegini ataupun yang sama dengannya :D,untuk memudahkannya anda boleh download objek sebegini di link yang kami berikan dibawah :-
Langkah 2: Selepas download bahan2 di atas, open zip file dan anda dapatkan 2 imej ini. Epal dan harimau. Saya syorkan anda abaikan dahulu fail manipulasi foto yang dah siap tu sebab nanti anda tak belajar pula bagaimana nak menghasilkannya
Langkah 3:Campak2! Drag kedua-dua imej ini ke dalam Photoshop anda. Sekali lagi, kalau tak ada CS5 pun, pastikan jangan below CS3. Risau function pada perisian tak boleh buat seperti apa yang ingin kita lakukan hari ini.
Langkah 4:Memulakan tutorial ini. Kenalpasti apa manipulasi yang cuba anda lakukan. Kali ini kita nak buat epal kita ada gigi. Ganas! Garang! Haa … jadi, buka imej Harimau dahulu untuk pinjam GIGI dia.
So, dalam visual kat atas, saya buat garisan kawasan yang akan kita perlukan. Jadi di luar bahagian itu, boleh abaikan. Jom mulakan cropping kawasan ini.
Tools yang akan membantu kita dalam tutorial ini adalah – PEN TOOL (P).
Langkah 5: Aktifkan PEN TOOL anda – klik kekunci P.
Langkah 6 :Mulakan cropping dari sebelah kanan (rujuk visual atas) lebih afdhal dan bergerak ke bahagian kiri.Untuk eksplor Pen Tool ini, anda kena main banyak kali lah baru nampak hasilnya dan menjadi mahir. Nanti kalau saya ada tutorial khas bagaimana menggunakan Pen Tool ini saya akan sertakan link nya.
Teruskan membuat garisan cropping untuk bahagian luar gigi harimau ini. Apabila saya berkata tentang gigi harimau saya memaksudkan bibirnya sekali. Ya. ada bahagian bibir nipis jika anda perasan dan anda memerlukannya sekali.
Anda perlu selesaikan sepertimana yang anda lihat dalam visual di atas. Betul2 crop kawasan gigi dan taring sahaja dan pada akhirnya cantum kembali kepada titik asal cropping menggunakan Pen Tool ini.
Langkah 7: Seterusnya transform PATH (garisan yang terbina menggunakan Pen Tool dipanggil PATH) kepada SELECTION (garisan putus-putus pada kawasan pilihan anda).
Lakukannya dengan masih mengaktifkan Pen Tool (P) >> klik kanan pada canvas >> pilih “Make Selection”
Tetingkap ini akan muncul – setkan Feather Radius : 0. Atau jika anda mahu boleh setkan kepada 1 (piksel). Kegunaannya adalah untuk mewujudkan kawasan pilihan yang fade in ke bahagian dalamnya sebanyak 1 piksel. Dalam situasi tertentu, ia berguna untuk menghasilkan manipulasi yang lebih nampak realistik.
Garisan putus-putus seperti dalam visual di atas bermakna anda telah berjaya menukarkan PATH kepada SELECTION.
Langkah 8: Pilihan mulut harimau ini mesti disimpan dalam layer baru. Bagaimana? Klik sahaja CTRL + J (Duplicate layer) dan hasilnya seperti di bawah.
Cropping tadi akan berpindah menjadi layer baru seperti visual di atas. Anda boleh cuba gerakkan layer tersebut dan anda akan dapati bahagian mulut tersebut sahaja yang akan bergerak. Walaubagaimanapun, ia tidak merosakkan layer yang asal (mulut harimau yang asal tidak disentuh).
Langkah 9: Dengan masih mengaktifkan layer mulut harimau tadi, gunakan MOVE TOOL (V) untuk drag (tarik) layer gigi ke dalam canvas epal yang baru. Lihat visual di atas untuk mengetahuinya.
Langkah 10: Sebelum anda berpindah untuk bekerja di layer yang baru. Simpan canvas harimau tadi + layer mulut harimau yang baru tadi dalam bentuk PSD atau TIFF.
Kini kita akan mula bekerja di dalam canvas baru. Iaitu canvas epal yang mana mulut harimau tadi telah dipindah masuk ke dalamnya. Lihat visual di atas. Pastikan anda memiliki komponen seperti di atas sebelum memulakan langkah seterusnya.
Langkah 11: Sebelum memulakannya, convert dahulu layer mulut harimau daripada LAYER kepada SMART OBJECT. Klik kanan pada layer mulut harimau >> klik ‘Convert to Smart Object’.
Langkah 12: Anda boleh aktifkan layer mulut harimau dan klik CTRL+T (Free Transform). Jika kini imej mulut tersebut ada lambang pangkah macam visual di atas, bermakna betullah ia adalah Smart Object sekarang.
Langkah 13: Rotate (pusing) kan sedikit kedudukan mulut agar kelihatan lebih sesuai di’gunapakai’ oleh epal tersebut. lagipun, kita memang nak bagi epal ni mulutkan.
Langkah 14: Duplikasi layer epal yang asal (latar belakang) sebanyak dua kali dengan klik CTRL+J sebanyak 2 kali. Anda akan memiliki 2 layer epal yang baru. Menjadikan keseluruhannya 3 layer epal.
Langkah 15: Walaubagaimanapun, kita hanya perlukan dua (2) sahaja. Jadi, aktifkan layer latar belakang (lihat visual) dan kita akan mewarnakan dengan warna PUTIH keseluruhannya.
Caranya, klik SHIFT+F5 dan pilih contenst use : White >> Klik OK setelah selesai.
Langkah 16: Tambahkan pula Layer Mask kepada dua layer epal dengan mengaktifkan layer tersebut satu persatu. Dan setiap kali itu, klik ikon seperti dalam visual untuk aplikasikan Layer Mask pada layer tersebut.Langkah 17: Tutup layer epal yang sebelah atas (saya bulatkan dalam visual di atas) dengan klik pada ikon mata di sebelah layer epal tersebut.
Langkah 18:Klik pada layer epal di bawahnya pula tetapi kali ini klik pada kotak layer mask (saya kotakkan dalam visual di atas). Dengan menggunakan Brush (B) sapukan pada bahagian dalam mulut epal tersebut. Pastikan brush anda berwarna HITAM.
Hasilnya, kawasan tersebut akan terpadam (hanya pada mask) dan seolah-olah memang tidak wujud kerana mulut epal tersebut terbuka.
Langkah 19: Setelah selesai, aktifkan kembali layer epal yang di sebelah atas kembali (klik semula ikon mata di sebelah layer tersebut) untuk meneruskan langkah berikut.
Langkah 20: WARP TOOL adalah tool yang akan saya introduce pada anda kali ini. kali ini anda akan melihat apa fungsi WARP.
Kelebihannya adalah meliuk lentukkan imej / visual anda. Paling sesuai jika anda bermain dengan imej kertas. Walaubagaimanapun, untuk kelihatan lebih realistik, sebab itu saya tidak terus merapatkan mulut harimau tersebut ke bucu epal.
Dengan cara ini, kita boleh membentuk ‘BIBIR’ kepada mulut epal ini tadi. Saya tunjukkan anda bagaimana caranya.

Langkah 21: Setelah WARP diaktifkan, grid berbentuk segiempat akan terbentuk seperti diatas. Sebagai panduan pergerakan yang boleh anda lakukan ke atas imej tersebut.
Apa yang saya ingin anda lakukan, tarik dan tolak layer epal tersebut sehingga bucu epal menyentuh bucu mulut harimau tersebut. Sila lihat visual di atas untuk lebih memahaminya.
Jika anda telah berjaya mendapatkannya, klik kekunci ENTER mengaplikasikan ubahsuaian yang dilakukan. Sikit jek lagi. Sikit jek. Dah nak abesh dah.
Langkah 22: Untuk menjadikannya kelihatan lebih realistik, kita akan memberi sedikit kesan khas pada bahagian GIGI / MULUT nya dan juga PIPI atau boleh kata BIBIR.Langkah 23:
Pertama, kita akan memberikan warna merah yang lebih pada gigi kerana ni kan gigi epal. Dah isipun merah. Takkan nak warna kuning pulak. Bukannya gigi harimau lagi. 
Jadi, anda boleh gunakan Layer Option (double click pada layer mulut) dan aplikasikan warna merah seperti di atas.
Langkah 24: Baik, nak bagi pipi dia hitam sikit. Sekali lagi – untuk memberikan kesan khas kelihatan lebih realisitik. Jadi sebelum apa-apa, buat backup dulu. Kita akan gunakan layer epal paling atas. Jadi duplikasikannya (CTRL+J) dan sembunyikan layer tersebut (klik mata pada sebelah layer – hilangkannya).Langkah 25: Aktifkan Burn Tool (O). Pastikan bukan Dodge Tool kerana kesannya adalah berbeza. Seterusnya berikan kesan BURN di bahagian pipi mulut harimau tersebut. Hasilnya adalah seperti di bawah. Anda mesti dapat tangkap bagaimana caranya. 
Inilah hasilnya. Jadi, anda dapat bezakan dengan jelaskan apa fungsi Burn Tool dalam cerita ni?
Mudah sahaja. Langkah 26: Setelah selesai mengenakan kesan Burn Tool, kembali memberikan kesan Layer Mask yang awal tadi. Atau anda boleh bina layer mask dan padam sekali lagi bahagian dalam mulut.
Langkah 27: Owh, masih … masih …. Ini masih dianggap langkah terakhir. INSPECTION! Sentiasa buat pemeriksaan terakhir pada design anda. Untuk memastikan kesempurnaannya.
Kalau anda dah benar-benar puas hati dengna hasilnya. YAP.
Anda boleh simpan dan tido. ~by east~